Kalkulator cukai pendapatan 2026 (YA2026)
Masukkan pendapatan dan pelepasan 2026 anda. Kalkulator ini mengira pendapatan bercukai, cukai ikut jadual YA2026, rebat, dan sama ada anda patut dapat refund atau perlu bayar baki selepas PCB. Pengiraan cukai pendapatan ditunjukkan banjaran demi banjaran. Hasilnya anggaran, bukan nasihat cukai.
Anggaran — bukan nasihat cukai
Keputusan anggaran
Masukkan jumlah pendapatan
- Pendapatan
- RM0.00
- Tolak pelepasan
- RM0.00
- Pendapatan bercukai
- RM0.00
- Cukai ikut jadual
- RM0.00
- Tolak rebat
- RM0.00
- Cukai kena bayar
- RM0.00
- PCB sudah dipotong
- RM0.00
Pecahan ikut banjaran cukai
| Banjaran (RM) | Amaun (RM) | Kadar | Cukai (RM) |
|---|---|---|---|
| Tiada pendapatan bercukai. | |||
Cara kira cukai pendapatan (4 langkah)
Jumlahkan pendapatan 2026
Untuk pekerja, mulakan dengan Borang EA: gaji, bonus, elaun dan manfaat yang dikenakan cukai.
Tolak pelepasan
Hasilnya pendapatan bercukai. Contoh: pendapatan RM60,000 tolak RM13,000 (RM9,000 diri dan RM4,000 KWSP), tinggal RM47,000.
Kira cukai ikut jadual
Cari banjaran anda, ambil cukai atas jumlah pertama, kemudian darab baki dengan kadar banjaran itu. RM47,000 jatuh dalam banjaran 35,001 hingga 50,000: RM600 atas RM35,000 pertama, tambah 6% × RM12,000 = RM720. Cukai RM1,320.
Tolak rebat, kemudian banding dengan PCB
RM47,000 melebihi RM35,000, jadi tiada rebat RM400. Kalau majikan sudah potong PCB RM1,500 sepanjang tahun, anggaran refund ialah RM180.
Nota Borang BE TT2025 sendiri memberi contoh pendapatan bercukai RM45,500: RM600 atas RM35,000 pertama, tambah RM630 (6% atas baki RM10,500), jadi cukai RM1,230. Masukkan angka itu dalam kalkulator dan hasilnya sama.
Kadar cukai pendapatan 2026 (sama seperti YA2023 hingga YA2025)
Jadual untuk individu pemastautin. Akta Kewangan 2025 tidak meminda jadual ini, dan spesifikasi PCB 2026 HASiL menggunakan banjaran, kadar dan cukai terkumpul yang sama.
| Pendapatan bercukai (RM) | Kadar | Cukai atas jumlah pertama (RM) |
|---|---|---|
| 0 – 5,000 | 0% | 0 |
| 5,001 – 20,000 | 1% | 0atas 5,000 |
| 20,001 – 35,000 | 3% | 150atas 20,000 |
| 35,001 – 50,000 | 6% | 600atas 35,000 |
| 50,001 – 70,000 | 11% | 1,500atas 50,000 |
| 70,001 – 100,000 | 19% | 3,700atas 70,000 |
| 100,001 – 400,000 | 25% | 9,400atas 100,000 |
| 400,001 – 600,000 | 26% | 84,400atas 400,000 |
| 600,001 – 2,000,000 | 28% | 136,400atas 600,000 |
| Melebihi 2,000,000 | 30% | 528,400atas 2,000,000 |
Sumber: HASiL, Kadar Cukai (Tahun Taksiran 2023, 2024 & 2025); Spesifikasi Kaedah Pengiraan Berkomputer PCB 2026, Jadual 1.
Rebat cukai individu: RM400, zakat dan levi umrah
Rebat ditolak daripada cukai, bukan daripada pendapatan. Empat jenis yang biasa untuk individu:
| Rebat | Amaun | Syarat |
|---|---|---|
| Diri sendiri | RM400 | Pendapatan bercukai tidak melebihi RM35,000 |
| Suami / isteri | RM400 | Pendapatan bercukai tidak melebihi RM35,000, dan anda dibenarkan pelepasan suami / isteri atau alimoni |
| Zakat dan fitrah | Amaun dibayar dalam 2026 | Terhad kepada cukai yang dikenakan; lebihan tidak dipulangkan |
| Levi pelepasan umrah / ziarah agama lain | RM8, RM20, RM50 atau RM150 | Dua kali perjalanan seumur hidup, perjalanan sendiri sahaja, bukan haji |
Levi: RM8 (negara ASEAN, kelas ekonomi), RM50 (ASEAN, selain ekonomi), RM20 (luar ASEAN, ekonomi), RM150 (luar ASEAN, selain ekonomi). Bukti: pas masuk dan salinan visa Arab Saudi untuk umrah.
Kenapa RM35,001 lebih mahal daripada RM35,000
Pada pendapatan bercukai RM35,000, cukai ialah RM600, tolak rebat RM400, jadi RM200. Pada RM35,001, cukai RM600.06 dan rebat hilang, jadi RM600.06. Seringgit lebih, cukai naik RM400.06.
Kalau pendapatan bercukai anda baru sedikit melepasi RM35,000, perbelanjaan tambahan yang layak pelepasan dan dibayar sebelum 31 Disember (contohnya caruman PRS atau simpanan SSPN) boleh menurunkannya semula, dan rebat RM400 kembali. Di hujung bawah pula, dengan rebat diri sahaja, tiada cukai perlu dibayar selagi pendapatan bercukai tidak melebihi RM28,333.
Sumber: HASiL, Rebat; Nota Penerangan Borang BE TT2025, ruang B21; Akta Cukai Pendapatan 1967 seksyen 6A (teks dikemas kini setakat 1 Januari 2026).
Refund atau bayar lagi? Bandingkan dengan PCB
PCB ialah potongan bulanan yang dibuat majikan berdasarkan maklumat yang ada padanya. Cukai sebenar dikira atas pendapatan dan pelepasan setahun semasa e-Filing, dan bezanya jadi refund atau baki.
PCB lebih daripada cukai: bezanya dipulangkan. Piagam pelanggan HASiL menetapkan 30 hari bekerja selepas borang dihantar melalui e-Filing, atau 90 hari bekerja melalui pos atau serahan tangan, jika maklumat betul dan lengkap.
PCB kurang daripada cukai: bayar baki selewat-lewatnya 15 Mei tahun berikutnya jika anda tidak berniaga dan mengisi e-Filing (15 Julai jika berniaga). Selepas tarikh itu, kenaikan 10% dikenakan atas baki yang belum dibayar.
Apa yang kalkulator ini tidak kira
Kalkulator ini untuk individu pemastautin dengan pendapatan biasa. Ia tidak mengira:
- Individu bukan pemastautin. Spesifikasi PCB 2026 mengenakan 30% atas saraan mereka. Taraf pemastautin biasanya berdasarkan kehadiran di Malaysia sekurang-kurangnya 182 hari dalam setahun kalendar, tertakluk kepada ujian lain dalam seksyen 7 ACP 1967.
- Dividen yang tertakluk kepada Bahagian XXII Jadual 1: pendapatan bercukai dividen melebihi RM100,000 dikenakan 2% dan dikira berasingan (ruang B15 hingga B16 Borang BE).
- Keuntungan perkongsian liabiliti terhad (PLT / LLP) kepada rakan kongsi individu melebihi RM100,000, yang dikenakan 2% mulai YA2026 di bawah Akta 874.
- Pendapatan luar negara dan pelepasan cukai seksyen 132 atau 133.
- Pendapatan perniagaan, kerugian dan elaun modal.
- Derma dan hadiah (Bahagian F Borang BE).
- Pekerja berpengetahuan atau berkepakaran yang mengisi Borang BT.
Tax calculator Malaysia: quick guide in English
The calculator above estimates income tax for Malaysian residents for YA2026, meaning income earned in 2026 and filed in 2027.
- Enter your total 2026 income. Employees can start from the EA form.
- Enter your total reliefs. RM9,000 is automatic; the relief checklist on the home page adds up the rest and caps each item.
- Add zakat, the departure levy for umrah, and the PCB (monthly tax deduction) your employer took.
- Read the result: chargeable income, tax by band, rebates, and an estimated refund or balance.
YA2026 resident rates are unchanged from YA2023 to YA2025, from 0% on the first RM5,000 to 30% above RM2 million. The RM400 rebate applies only when chargeable income does not exceed RM35,000. Treat the result as an estimate, not tax advice.
Soalan lazim tentang cukai pendapatan 2026
Gaji berapa baru kena bayar cukai?
Tiada satu angka, sebab ia bergantung pada pelepasan. Dengan pelepasan diri RM9,000 sahaja, cukai kena bayar ialah RM0 selagi pendapatan bercukai tidak melebihi RM28,333, iaitu pendapatan setahun sekitar RM37,333.
Contoh lain: gaji RM3,000 sebulan (RM36,000 setahun) dengan KWSP RM3,960 setahun. Pendapatan bercukai RM23,040, cukai RM241.20, dan rebat RM400 menjadikannya RM0.
Kenapa angka dalam e-Filing lain daripada kalkulator ini?
Biasanya kerana input berbeza: bonus atau manfaat dalam EA yang tertinggal, pelepasan yang tidak lengkap, atau PCB yang tidak sama dengan penyata. Kalkulator ini juga tidak mengira dividen, derma dan pendapatan luar negara. Yang muktamad ialah pengiraan e-Filing dan taksiran HASiL.
PCB sama dengan cukai sebenar?
Tidak semestinya. PCB dikira setiap bulan; cukai sebenar dikira sekali setahun dalam e-Filing.